Sunday, January 11, 2009

1st outstation utk tahun 2009...

Salam n very gd morning 2 all... weekend ari 2 aku blk ke rumah... huhuhu walaupun br seminggu aku ddk kat umah sewa n umah family aku dkt tp aku blk umahsbb ada hal... hihihi mesti org kata poyo je aku ni kan?... arrggghhh pedulik aper org nk kata... yg pntg bukan drg yg byr duit minyak keta aku... aku blk umah pun amik brg2 aku yg msh tertinggal kat umah... lg pun esok (selasa - 13/01/2009) aku nk outstation... ni adalah 1st outstation aku utk thn ni... mesti lps ni byk lg yg perlu aku lakukan... kali ni tmpt pertama yg aku tuju PD... mula2 bos aku mmg plan nk buat kat PD... tp di saat2 aku nk buat pakej tu dia soh aku cr tmpt lain... tp disebabkn aku berdegil gak nk wat kat PD, dia turutkn aje permintaanku.. sebenarnya aku nk tgk matahari terbit n tenggelam... eventhough kat KL bley tgk tp pemandangannya tak sama ngan kat tepi pantai... tmpt impianku adalah pantai... aku ske ddk tepi pantai menyaksikan keindahan ciptaan Allah S.W.T... aku puas kalau dpt menyaksikn segala2nya...

Kali ni tujuan meeting tu adalah utk penutupan akaun tahun 2008... lebih tertumpu kepada pembantu tadbir yang buat kewangan & penyelia asrama... cuma aku tak tahula lps ni mereka akan laksanakan keje @ tak... besela kalu dh bsr kepala mesti mls nk wat keje... soh org bawahan yg buat... hampeh je kalu mcm 2... kali ni aku nk soh bos aku buli drg cukup2... pas2 utk tahun 2009 ni aku nk straight giler ngan sumer dokumen yg diberi... biar padan ngan muka drg sumer, selalunya hntr dokumen kat aku tak pernahnya cukup... ada je yang tertinggal... cuma aku tak tahula utk tahun ni aku mampu bertahan @ tak... kalu masih lagi berdaya aku teruskan tp kalu tak... rs2nya tak de benda lagi yg perlu aku coretkan... citer seterusnya tgu lps aku balik dr outstation...

Wednesday, January 7, 2009

sayang dan cinta...

aku sayangkan dia, terlalu sayang ... tapi apakan dayaku, dia milik orang lain... aku pasrah... ni ketentuan dan ujian buatku untuk menempuh hari2 yang mendatang... biarlah aku kenalkan dia sebagai H... perkenalan kami bermula di ruangan cyber... sumernya berlaku setelah pertemuan pertama di padang futsal... masing2 diam membisu... hanya kawan2 sekeliling yang memeriahkan keaadan ketika itu... seminggu kemudian menyusul satu private message di kotak pesananku... mula2 ia sekadar balasan biasa... kemudian kerap bertukar citer... bulan puasa yang lalu kami kerap berhubung di telefon... aku rasa hampir setiap hari H akan menelefonku.. kalau tak pagi H akan menghubungiku petang... sehinggalah pertemuan kedua kami di kedai makan bersama2 kawan2nya... pertemuan yang aku sendiri tak terjangka... ia berlaku ketika pertengahan puasa... sebenarnya ia sekadar minum2 sahaja tetapi kemudian aku mengikut dia & kawan2nya merayap pusing 1 KL... walaupun baru mengenali H namun aku percayakan kejujurannya... hubungan kami menjadi rahsia dikalangan kawan2nya... setiap hari kami berhubung melalui sms tak kira siang mahupun malam... tapi perbualan kami semuanya berkisar pada umum dan kerja... sehinggalah pada 1 hari aku menerima perkabaran yang H sebenarnya hak milik orang lain... aku pasrah walaupun tercalit sedikit kekecewaan... aku minta penjelasan dari H mengenai perkara tersebut dan dia mengakuinya... kenapa aku merasa kecewa?... kerana aku senang berkawan dengan H sepanjang tempoh perkenalan kami... H seorang yang cukup matang dan positif... dia pandai berlawak dan menceriakan suasana perbualan kami... walaupun H telah dimiliki namun kami masih meneruskan persahabatan ini... namun padaku perasaan persahabatan ini telah pun bertukar kepada perasaan yang lain... adakah aku mula menyayangi dia?... adakah aku mula menyintai dia?... aku sendiri keliru kerana aku tahu dia tak mungkin menjadi milikku... tapi perasaan itu semakin hari semakin kuat aku rasakan... jika tidak mendengar suaranya aku jadi gelisah... aku cuba juga untuk tidak menghubunginya mahupun menjawab panggilan darinya tapi aku tak berdaya... ianya hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja kemudian H mahupun aku akan berutus sms... aku jadi seorang perindu... dan bila aku ajukan soalan ini H juga menyatakan perasaan yang sama... adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama?... hakikatnya aku tak mahu tersilap langkah atau berangan sendirian... aku biarkan perasaanku hanyut sendiri... setiap hari aku menghitung rindu dan sayangku padanya...

namun dalam pada tu aku mula mengenali sahabat2nya dan salah seorang darinya mula mendekati aku... aku kenali dia sebagai Z... dia juga mengenaliku melalui ruangan cyber... aku terima salam persahabatan darinya... bak kata pepatah, "berkawan biar 1000, berkasih biar satu"... namun hubungan persahabatanku dengan Z menjadi rapat... lepas tu timbul perasaan sayang Z padaku... aku kaget, resah, keliru... aku tak boleh menerima dirinya mahupun menyayangi... kerana bagiku H telah pun bertakhta dia hati...

aku berterus terang tentang perasaanku pada H... aku gagahkan diriku dengan bantuan dari seseorang yang amat aku sayangi... tapi dalam pada aku berterus terang aku tak mahu putuskan persahabatan yang aku bina bersamanya... aku mereka cerita agar dia dapat memberi pendapat mengenai hal tersebut... namun telahanku silap... dia dapat membaca isi hatiku, aper yang aku pendamkan... dan pada Z aku masih lagi berlagak biasa seperti tiada ape yang berlaku... sehinggalah hari terakhir H di sini... aku belum menemui kesempatan bertemu dengannya... aku kecewa dan sedih... namun ku tahu ia adalah yang terbaik buat dirinya... aku doakan dia bahagia dan berjaya di sana... aku jua berharap hubungan kami takkan terputus di sini sahaja... Z masih lagi menagih perasaan sayang padaku... aku jadi serba salah... bukan aku tak boleh menerimanya tetapi aku tak mahu melukai hati pompuan lain... ia seakan2 aku melukai hatiku sendiri... kini aku turutkan langkahku... ke mana kakiku melangkah ke situlah aku pergi... dan Z masih tetap begitu... akan terus menyayangi dan menyintaiku... biarlah dia, biar masa menentukan sejauh mana hubungan ini boleh melangkah...

doaku agar Allah memberi petunjuk buatku... aku tak mahu terus terperangkap dengan perasaan ini... temukanlah aku dengan seseorang yang boleh membawaku jauh dari semua ini... boleh memberiku cinta sepenuh hatinya, memberiku kebahagiaan dunia dan akhirat dan yang paling penting membimbingku ke syurga-Nya... adakah aku akan temui semua itu?...

Friday, January 2, 2009

new year 2009...

1st of all aku nk wish happy new year pd sumer... ermm aper azam tahun baru ni ek... mostly setiap kali new year setiap kali tu la azam baru... tapi azam sebelum tu dh tertunai ke belum?... pada aku, aku tak pernah ada azam untuk setiap kali new year... sbb aku takut aku tak dapat aper yang aku impikan tu... last2 aku sendiri yang merana... so pada aku aper yang aku dapat tulah aku jadikan azam utk tahun tu...

so for last year (2008) aku bersyukur aku dah dapat aper yang aku idam2kan... pada aku walaupun masih baru lagi tapi aku tetap gembira dengan kurniaan rezeki dr Allah ini... aku dapat memiliki sebuah rumah walaupun rumah tu tak delah sebesar mana pun... semua ini hasil pertolongan dari keluarga aku sendiri... but then tahun 2009 ni aku tak de azam pun... cuma aku ingat aku nak tamatkan zaman solo aku plak... ekekekek bley ker?... tercapai ker?... hopefully, aminnn... tu yang aku harap2kan utk tahun ni plak...

cuma tahun ni aku sedih skit... masuk2 tahun baru je aku dah start nangis... aper taknya org yang rapat n aku sayang berhijrah ke tempat lain... dia dapat tukar ke selatan tanah air... menetap bersama2 family tersayang... walaupun dr sudut hati kecilku aku tak nak dia pergi tapi aku kena redha... sbb tmpt dia bukan di sini tp spttnya bersama2 isteri & anak2 dia... aku gembira jika dia juga gembira... itu yang aku mahukan dr seorang sahabat... aku harap hubungan kami tak kan berhenti sampai di sini sahaja... aku akan ttp trus menyayangi dia walau berganti masa sekalipun...

dan smlm (02/01/2009) aku pergi tgk wayang citer bedtime story dgn org tersayang... ekekeke tersayang ker?... tu pun setelah hampir 3 minggu aku tak jumpa dia... yela memasing sibuk ngan keje... ni pun aku rasa kami curi2 masa utk keluar... agaknya kalu tak comfirm ntah biler dapat jumpa... anyway semalam mmg best & aku happy walaupun jumpa utk seketika...