Wednesday, January 7, 2009

sayang dan cinta...

aku sayangkan dia, terlalu sayang ... tapi apakan dayaku, dia milik orang lain... aku pasrah... ni ketentuan dan ujian buatku untuk menempuh hari2 yang mendatang... biarlah aku kenalkan dia sebagai H... perkenalan kami bermula di ruangan cyber... sumernya berlaku setelah pertemuan pertama di padang futsal... masing2 diam membisu... hanya kawan2 sekeliling yang memeriahkan keaadan ketika itu... seminggu kemudian menyusul satu private message di kotak pesananku... mula2 ia sekadar balasan biasa... kemudian kerap bertukar citer... bulan puasa yang lalu kami kerap berhubung di telefon... aku rasa hampir setiap hari H akan menelefonku.. kalau tak pagi H akan menghubungiku petang... sehinggalah pertemuan kedua kami di kedai makan bersama2 kawan2nya... pertemuan yang aku sendiri tak terjangka... ia berlaku ketika pertengahan puasa... sebenarnya ia sekadar minum2 sahaja tetapi kemudian aku mengikut dia & kawan2nya merayap pusing 1 KL... walaupun baru mengenali H namun aku percayakan kejujurannya... hubungan kami menjadi rahsia dikalangan kawan2nya... setiap hari kami berhubung melalui sms tak kira siang mahupun malam... tapi perbualan kami semuanya berkisar pada umum dan kerja... sehinggalah pada 1 hari aku menerima perkabaran yang H sebenarnya hak milik orang lain... aku pasrah walaupun tercalit sedikit kekecewaan... aku minta penjelasan dari H mengenai perkara tersebut dan dia mengakuinya... kenapa aku merasa kecewa?... kerana aku senang berkawan dengan H sepanjang tempoh perkenalan kami... H seorang yang cukup matang dan positif... dia pandai berlawak dan menceriakan suasana perbualan kami... walaupun H telah dimiliki namun kami masih meneruskan persahabatan ini... namun padaku perasaan persahabatan ini telah pun bertukar kepada perasaan yang lain... adakah aku mula menyayangi dia?... adakah aku mula menyintai dia?... aku sendiri keliru kerana aku tahu dia tak mungkin menjadi milikku... tapi perasaan itu semakin hari semakin kuat aku rasakan... jika tidak mendengar suaranya aku jadi gelisah... aku cuba juga untuk tidak menghubunginya mahupun menjawab panggilan darinya tapi aku tak berdaya... ianya hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja kemudian H mahupun aku akan berutus sms... aku jadi seorang perindu... dan bila aku ajukan soalan ini H juga menyatakan perasaan yang sama... adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama?... hakikatnya aku tak mahu tersilap langkah atau berangan sendirian... aku biarkan perasaanku hanyut sendiri... setiap hari aku menghitung rindu dan sayangku padanya...

namun dalam pada tu aku mula mengenali sahabat2nya dan salah seorang darinya mula mendekati aku... aku kenali dia sebagai Z... dia juga mengenaliku melalui ruangan cyber... aku terima salam persahabatan darinya... bak kata pepatah, "berkawan biar 1000, berkasih biar satu"... namun hubungan persahabatanku dengan Z menjadi rapat... lepas tu timbul perasaan sayang Z padaku... aku kaget, resah, keliru... aku tak boleh menerima dirinya mahupun menyayangi... kerana bagiku H telah pun bertakhta dia hati...

aku berterus terang tentang perasaanku pada H... aku gagahkan diriku dengan bantuan dari seseorang yang amat aku sayangi... tapi dalam pada aku berterus terang aku tak mahu putuskan persahabatan yang aku bina bersamanya... aku mereka cerita agar dia dapat memberi pendapat mengenai hal tersebut... namun telahanku silap... dia dapat membaca isi hatiku, aper yang aku pendamkan... dan pada Z aku masih lagi berlagak biasa seperti tiada ape yang berlaku... sehinggalah hari terakhir H di sini... aku belum menemui kesempatan bertemu dengannya... aku kecewa dan sedih... namun ku tahu ia adalah yang terbaik buat dirinya... aku doakan dia bahagia dan berjaya di sana... aku jua berharap hubungan kami takkan terputus di sini sahaja... Z masih lagi menagih perasaan sayang padaku... aku jadi serba salah... bukan aku tak boleh menerimanya tetapi aku tak mahu melukai hati pompuan lain... ia seakan2 aku melukai hatiku sendiri... kini aku turutkan langkahku... ke mana kakiku melangkah ke situlah aku pergi... dan Z masih tetap begitu... akan terus menyayangi dan menyintaiku... biarlah dia, biar masa menentukan sejauh mana hubungan ini boleh melangkah...

doaku agar Allah memberi petunjuk buatku... aku tak mahu terus terperangkap dengan perasaan ini... temukanlah aku dengan seseorang yang boleh membawaku jauh dari semua ini... boleh memberiku cinta sepenuh hatinya, memberiku kebahagiaan dunia dan akhirat dan yang paling penting membimbingku ke syurga-Nya... adakah aku akan temui semua itu?...

No comments:

Post a Comment